Tarikh dan masa: 15 November 2025 |  9AM – 12PM
Penceramah : Tuan Haji Sazly Bin Azizuddin, Presiden MAFSA

Apa yang anda akan pelajari:
1. Meningkatkan kefahaman tenaga pengajar tentang hubungan antara perubahan iklim dan keselamatan makanan, termasuk kesan terhadap pertumbuhan mikroorganisma patogen, pencemaran makanan, dan rantaian bekalan makanan.
2. Membolehkan tenaga pengajar mengenal pasti risiko keselamatan makanan yang berpunca daripada perubahan iklim, seperti peningkatan suhu, banjir dankemarau yang boleh menjejaskan kualiti bahan mentah serta kebersihan pemprosesan makanan.
3. Melatih tenaga pengajar supaya mengintegrasikan aspek perubahan iklim dalam modul latihan pengendali makanan, dengan menekankan amalan pencegahan, kawalan risiko dan adaptasi bagi menjamin keselamatan makanan yang berterusan.

Anda akan memperolehi
💐Nota Latihan
📍E-Sijil Penyertaan Webinar
**Membantu memenuhi keperluan Pembaharuan Pengiiktirafan Tenaga Pengajar LPM

Yuran: RM 50 (Ahli MySLPM) – Rujuk Promotional Code Ahli
RM80 (Bukan Ahli MySLPM)

Sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran Sesi Webinar boleh hubungi Biro Latihan MySLPM : +60 13-319 0351 (Pn. Farhani)